Sunday 28 April 2013

OMAR BORKHAN LELAKI PALING TAMPAN?



Adakah jurukamera fesyen, pelakon dan pemuisi Dubai, Omar Borkan Al Gala salah seorang daripada tiga yang ‘ditendang’ keluar dari Arab Saudi awal bulan lalu kerana terlalu tampan?

Pegawai penganjur sebuah festival di Arab Saudi dikatakan risau jika wanita tempatan tidak mampu mengawal diri mereka apabila berada dalam kalangan lelaki-lelaki yang terlalu tampan.

Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi berkenaan siapa tiga lelaki misteri itu, sebuah laman web gosip, Jezebel mendakwa Omar adalah salah seorang lelaki yang menjadi kegilaan wanita seluruh dunia.

Memetik kenyataan Omar menerusi laman sosial Facebook-nya, dia seolah-olah telah mengesahkan penglibatan beliau dalam insiden itu.



“Ini adalah apa yang ditulis dalam akhbar-akhbar di seluruh dunia Seorang lelaki UAE diarah meninggalkan Arab Saudi kerana ‘terlalu tampan’,” memetik salah satu kenyataannya di Facebook.


Sejurus selepas itu, dia memuat naik kenyataan yang berkaitan juga .


“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari dalam matanya, kerana itulah pintu kepada hatinya, tempat dimana cinta berada.”



Maka, berpusu-pusu kenyataan balas yang diberikan oleh pengikut-pengikut Facebook beliau.
Antaranya:


"Matanya .. matanya "


"Hi Kacak ... saya tahu anda ada berita terkini .. lol ... lelaki paling kacak di dunia. "
"Kenapa kamu begitu tampan!"


Mungkin ya .. mungkin tidak .. Namun, hakikatnya media masih tercari-cari siapakah sebenarnya tiga lelaki tersebut