Saturday, 19 April 2014

INILAH 10 KERETA TERMAHAL DI DUNIA


Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.

Audi R8 misalnya, yang berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan mencanak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya.
Pada lima tahun pertama, majoriti kereta-kereta mewah tertentu akan jatuh nilainya antara 27-47% pada lima tahun pertama, yang menyebabkan kerugian antara RM180,000 - RM500,000 kepada pembeli.

Di sini dipaparkan 10 kereta termahal di dunia yang jika anda ada duit lebih, mungkin boleh beli dan memandu di jalan raya di Malaysia, dan seterusnya tersedar yang betapa berjuta ringgit sekalipun kereta anda, tetap juga akan tersangkut ketika traffic jam.



10. Pagani Zonda C12 F (RM 2.13 juta)


9. Ferrari Enzo (RM 2.14 juta)


8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)



7. Zenvo ST1 (RM RM 3.9 juta)



6. Maybach Landaulet (RM 4.4 juta)



5. Koenigsegg Agera R (RM 5.1 juta)


4. Lamborghini Reventon (RM 5.1 juta)



3. Pagani Zonda Clinque Roadster (RM 5.87 juta)


2. Aston Martin One-77 (RM 5.87 juta)


1. Bugatti Veyron Super Sports (RM 7.65 juta)




No comments:

Post a Comment