Tuesday, 14 May 2013

Tips : Rambut Bersinar



Memang menyakitkan hati sekiranya rambut yang dijaga dengan penuh rapi dengan pelbagai produk mahal dan rawatan pakar masih kelihatan kusam.

Sekiranya rambut anda masih tidak bersinar, mungkin anda boleh mencuba teknik membasuh rambut dengan menggunakan air mineral. Ini kerana menurut pakar, Dr Bessam Fario telah mendapati bahawa kandungan yang terdapat dalam air mineral boleh membaikkan kesihatan rambut, tidak seperti air paip.





"Saya nasihatkan anda basuhkan rambut dengan air mineral setelah berenang di laut atau kolam renang kerana garam dan klorin boleh merosakkan rambut," kata beliau.

Walaupun penggunaan air mineral sedikit mahal, namun mereka yang mengamalkan cucian rambut dengan air mineral mendapati bahawa rambut lebih sihat dan bersinar berbanding dengan rambut yang hanya dibasuh dengan air paip.

Antara selebriti terkenal yang dilaporkan menggunakan pengamalan sedemikian adalah Kim Basinger dan Demi Moore, yang membuatkan mereka turut terkenal dengan rambut mereka yang sihat dan cantik.





No comments:

Post a Comment