Sunday 28 April 2013

(GAMBAR) PERTANDINGAN SUMO KANAK-KANAK COMEL DI JEPUN

Seperti yang kita tahu, acara gusti Sumo yang popular dalam masyarakat Jepun memerlukan para peserta yang berbadan besar dan gempal serta hanya memakai sejenis pakaian yang hanya menutup bahagian kemaluan sahaja. Kini, sukan gusti Sumo bukan hanya dipraktikkan oleh orang dewasa sahaja malah turut berkembang di kalangan kanak-kanak.




Sebuah pertandingan yang dikenali sebagai Pertandingan Sumo Kanak-Kanak Nasional telah diadakan baru-baru ini di Tokyo, Jepun. Dianggarkan, seramai 300 kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Masyarakat Jepun sering menganggap sukan Sumo ini adalah seni bela diri moden meskipun ia mempunyai rentetan sejarah yang panjang dari beberapa abad.



Sukan Sumo kini bagaikan telah menjadi satu obsesi di peringkat nasional di mana para pesaing yang dikenali sebagai rikishis, dianggap sebagai pahlawan nasional dan simbol seks.









Dengan berat badan yang mampu mencecah lebih daripada 250kg, mereka perlu mengekalkan bentuk tubuh dan berat badan mereka dengan memakan makanan yang melebihi 20,000 kalori sehari.











Tradisi ini sangat penting dalam budaya Jepun dan mengekalkan adat ini di kalangan kanak-kanak merupakan langkah terbaik yang di ambil oleh pemerintah tempatan .