Thursday 19 September 2013

Super Cute Baby Panda! (10 Gambar)


Dilahirkan di Taipei City Zoo di Taiwan. Untuk sementara Yuan Zai telah dipisahkan dari ibunya Yuan Yuan kerana dia disimpan dalam inkubator.


















7 Pembangunan Yang Luar Biasa Di Malaysia



Di Malaysia terdapat beberapa buah struktur binaan luar biasa sehingga ada yang menganggap ia sebagai salah satu keajaiban di negara. Binaan yang dimaksudkan adalah seperti binaan Menara KLCC, KLIA dan sebagainya.

Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan

1.Menara berkembar Petronas (KLCC)



Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.

2.Putrajaya



Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.

3.Menara Kuala Lumpur



Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

4.KLIA




Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.

5.Menara Condong Teluk Intan



Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.

6.Jambatan Pulau Pinang




Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.

7.Bangunan Sultan Abdul Samad




Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.





17 Fakta Unik Tangan Kidal



1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).
7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.
10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)




Saturday 31 August 2013

10 Mouse Termahal Di Dunia (9 Foto)


Tetikus atau lebih dikenali dengan nama mouse menjadi salah satu gajet wajib bagi setiap pemilik komputer. Ia digunakan untuk memberikan arahan dalam sistem seperti membuka fail, menyimpan fail dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, terdapat syarikat yang mencipta mouse secara kreatif. Mouse tersebut dinilai paling mahal di dunia kerana mempunyai emas dan rekaan yang menarik.










Sunday 19 May 2013

5 PASANGAN KEMBAR YANG "TER" DI DUNIA


Ada begitu banyak pasangan kembar di dunia yang memiliki kesamaan. Biasanya mereka memiliki penampilan fizikal yang sama. Kembar itu sendiri memiliki banyak jenis seperti kembar seiras, tak seiras, kembar siam dan seumpamanya. Jadi bagaimana dengan pasangan kembar di dunia yang paling luar biasa? Inilah terkaya, terberat, tertua, terpendek dan kembar tertinggi di dunia, Check it out!

1. KEMBAR TERBERAT


Billy Leon McCrary dan Benny Lloyd McCrary dikenalI sebagai kembar terberat dalam sejarah dunia. Mereka lahir pada 7 Disember 1946. Billy meninggal pada tanggal 14 Julai 1979 dari kecederaan parah akibat kemalangan sementara Benny meninggal pada tanggal 26 Mac 2001.


2. KEMBAR TERTINGGI


James Lanier dan Michael Lanier pula adalah kembar seiras tertinggi di dunia dengan ketinggian masing-masing 7 kaki 6 inci. Mereka berdua merupakan pemain bola keranjang di sekolah mereka.


3. KEMBAR TERTUA


Kembar tertua didunia Qiao Senior dan Qiao Junior lahir pada tarikh 18 Julai 1905, di Weifang City, Shandong, China Timur. Gambar ini diambil pada 18 Julai 2009 ketika mereka berumur 104 tahun. Mereka mengatakan bahawa mereka masih sihat dan aktif.


4. KEMBAR TERKAYA


Dualstar Entertainment Group adalah syarikat yang dimiliki oleh pasangan kembar berusia 20 tahun iaitu Mary Kate & Ashley Olsen. Mereka juga mengacarakan rancangan TV Full House. Mereka turut mencipta pelbagai peralatan remaja seperti pakaian, buku, perfume dan kasut.


5. KEMBAR TERPENDEK



John Rice dan Beras Greg dikenali sebagai kembar terpendek di dunia dengan ketinggian masing-masing 2 kaki 10 inci. Mereka lahir pada tanggal 3 Disember 1951 di West Palm Beach, Florida. Semasa belajar di universiti, mereka menyedari bahawa mereka mempunyai kelebihan dalam bidang sales atau penjualan dan keduanya memiliki karier yang baik.




Wednesday 15 May 2013

COOL : Gua Berwarna-Warni Di Russia Diiktiraf UNESCO (6 Gambar)



Di Russia, terdapat sebuah gua ajaib yang berwarna warni. Gua ais ini terletak di Semenanjung Kamchatka. Gua ais semulajadi ini telah terukir oleh aliran air panas yang mengalir di atas gua tersebut. Air yang terperangkap di siling gua telah menyebabkan gua ini mengeluarkan biasan cahaya berwarna-warni.

#Aliran air panas yang melalui atas gua ini adalah hasil dari pencairan ais dari gunung berapi Mutnoysky.