Posted by Encik Oktant
Ramai ke yang kena demam campak? Saya pun kurang pasti. Tapi ramai rakan-rakan kita yang mencari cara tradisional untuk mengubati demam campak. Tak kurang juga yang nak hilangkan bintik-bintik merah akibat campak.
Kalau kita tak pasti sama ada mengalami demam campak atau tak, berikut adalah tanda-tandanya:
- demam dan selesema
 - suhu badan meningkat secara berterusan
 - sakit tekak
 - mata agak kemerahan dan berair
 - bagi kanak-kanak, mereka hilang selera makan dan minum (kesiann...)
 
- mandi
 - kena air hujan
 - menghidu minyak yang ditumis
 - memakai baju ketika cuaca panas
 - bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit
 
Ini dia 3 cara tradisional menghilangkan demam campak yang boleh kita cuba:
Cara #1
Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh.
Cara #2
- Ambil beberapa helai daun gemilang.
 - Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.
 - Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas.
 - Minumlah jus tersebut.
 - Manakala lebihan jus yang ada di dalam tapis tadi dicampurkan dengan bedak sejuk.
 - Kemudian, sapukannya pada bintik-bintik campak.
 - Amalkan selama 3 hari berturut-turut dan demam serta bintik-bintik campak akan hilang dengan diizin-Nya.
 
* Saya tak dapat sertakan daun gemilang kerana tak menjumpai sebarang imej berkaitan. Harap maklum*
Cara #3
- Ambil beberapa helai daun jambu batu dan tumbuk lumat.
 - Campurkan dengan bedak sejuk jenis cecair.
 - Jikalau gunakan bedak sejuk yang ketul, tumbuk sekali kedua-duanya sampai lumat.
 - Sapukan pada bintik-bintik campak.
 - Ulangi langkah di atas setiap hari.
 - Apabila bintik bintik merah hampir tidak kelihatan, barulah mandi dengan air yang mengandungi beberapa helai daun jambu yang telah diramas.
 
Begitulah 3 cara tradisional menghilangkan demam campak serta bintik-bintik merah yang boleh kita cuba. Mudah-mudahan ia lekas pulih dan kulit pun tidak berbintik-bintik lagi.










